10
Nov
09

jamuan akhir tahun kebiru 2009

tarikh : 09/11/09       masa : 230ptg       tempat: JB catering

lip lap lip lap dah nak abis tahun nih…maka jamuan akhir tahun kelab kebajikan guru (KEBIRU) pun diadakan…bertempat di jb catering, suma yang hadir telah berjaya mengikut pakaian tema sebagaimana yang disyaratkan..berpakaian lengkap dan menutup aurat…hehehe…even majlis xde sambutan lebih2 sgt…tapi bagi aku ia sgt bermakna kerana dgn majlis sebegini lah suma guru dapat berkumpul bersama – sama…ada yng membawa keluarga dan ada yang seorang diri… (aku la tu)…hahaha…anyway tahniah kepada penganjur..makan mmg best..tahun dpn kita makan2 kat tmpt yg lebih best lagi yekk…bawah ni ada gambar2 yang aku uploadkan daripda facebook smk tanjung adang (thanx to Cikgu Nora yg awal2 lagi dh update page tu)…

-husnizaiem-10/11-835 am-

13945_186635063944_180593928944_2794187_2146380_n

13945_186635073944_180593928944_2794188_1432334_n

pantang nampak kamera...mesti kalih punya..sanggu berenti makan...hehehe

13945_186635078944_180593928944_2794189_3461995_n

13945_186635088944_180593928944_2794190_7757325_n

13945_186635103944_180593928944_2794192_3469519_n

13945_186635108944_180593928944_2794193_1469483_n

satu perbincangan serius sedang diperkatakan...

13945_186635148944_180593928944_2794197_2196442_n

yang baru berkahwin...tahniah baii

13945_186635168944_180593928944_2794199_3293319_n

yang nak kawin pun dapat gak...hhehehe

13945_186635173944_180593928944_2794200_452393_n

yang berpindah

31
Oct
09

inglourious bastards…

inglourious-basterds-movie-poster

ini satu lagi filem yang aku nanti – nantikan..sbbnya filem ni diarahkan oleh quentin tarantino yang terkenal dengan pulp fiction dan kill bill 1&2…so far filem arahannya best…pada anggapan awal aku filem ini akan best tambah2 lagi ia merupakan filem yg ada berunsurkan epik perang…

sebuah filem yang mengisahkan kekejaman pihak jerman yang pada ketika itu sedang mengadakan ‘holocaust’ terhadap warga yahudi yang tinggal di perancis..(mmg patut pun kena hapus yahudi ni)…filem ini terbahagi kepada 5chapter yang mana setiap chapter itu ada menerangkan jalan ceritanya dan peranan watak2 dalam filem ini…lakonan yang sgt menarik pada pendapat aku adalah seorang leftenan askar jerman(nampak baik tapi ganas giler) (apatah nama dia) ngan lakonan slumber brad pitt… oh ye, kalau xsalah aku ini merupakan kisah benar bagaimana hitler the nazi dibunuh (ada skit2 tambahan daripada tarantino)….

selepas menonton filem ini, aku teringat satu tulisan oleh dr. asri (x-mufti perlis) berkaitan dengan hitler ada benarnya..beliau menulis akan ada betulnya pada zaman dahulu hitler membunuh kaum yahudi terbabit kerana hitler sendiri menyatakan bahawa kaum yahudi adalah sgt berbahaya untuk hidup di atas muka bumi ini…Alquran pun dh kata camtu..so benarkah tindakan hitler itu? tapi hitler tu pun ganas sgt, dia pun patut bye2 ja…

-husnizaiem-1054am-31/10-

31
Oct
09

papadom

papadom438×640

mmg aku ternanti – nantikan filem yang memenangi filem terbaik festival filem malaysia 2009 ke pawagam…sure filem ni menarik kerana awal2 lagi dh menang anugerah sedangkan ia masih belum ditayangkan…pada pendapat aku filem arahan afdlin shauki ni best…tapi still bagi aku setem best lagi..terpulang pada interpretasi masing2…

sebuah filem yang mengisahkan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya dari kecik sehinggalah dewasa…tatkala filem komedi ini yang sering mencetuskan gelak tawa ini turut diselitkan juga unsur kemanusiaan di dalamnya..lakonan oleh nurkhiriah n que haidar bagi aku sgt menakjubkan..menarik…mmg tak rugi kalau tgk filem…njoy dis muvi…

luv mama n abah..

-husnizaiem-1040am-31/10-

31
Oct
09

hepi besday..25th

happy_birthday_to_you

13 oktober 2009, aku dimasukkan ke wad di pakar puteri jb. Xdapat dikenalpasti dengan jelas apa sbbnya..namun apa yang pasti puncanya akibat demam aku yang berlanjutan hampir 2 minggu. Keadaan aku bertambah teruk 2,3 hari sebelum tu..hinggakan mlm sblm aku ke pakar puteri aku cirit – birit ngan muntah yang sangat teruk..mmg ‘flat’ abis pastu…

Mujurlah dengan pertolongan insan yang tersayang, dia membawa aku ke hospital tersebut walaupun pada ketika itu hajar dah sampai kat sekolah dia pun..then dia amik crk untuk dtg amik aku… Sepanjang 3 hari aku dihospital, sedikit sebanyak mengajar aku erti dalam kesusahan. Aku bersyukur tatkala aku keseorangan disini, masih ada insan yang sudi bersusah payah untuk aku. Menemani aku siang dan mlm (opss mlm aku tido seorang diri.hehehe)..Thanx hajar..tak tahu mcm mana aku nak balas budinya..hanya Allah yang maha mengasihani akan hamba – hambanya.. Kedatangan para sahabat juga sgt mengharukan, Ustaz Zin, Mahadi, Abg Ali serta doa – doa mereka yang bertanyakan khabar pada aku..semoga Allah merahmati kalian semua hendaknya…insyaallah.. Semoga dengan kepayahan yang aku hadapi ini dapat menginsafkan diri aku yang serba kerdil lagi hina diatas muka bumi yang maha Esa ini..

14oktober – aku pun dh lupa kata hari ni besday aku..1st time beb sambut kat hospital..hehehe..pagi2 lagi aku dh dpt present..so sweet hadiah besday aku kali ni daripada hajar…dia wat suprise…my mum call wish besday tapi they still dun know aku kat spital..sorry mama n abah…just xnak bimbangkan both of you..

15 oktober – aku discharged from pakat puteri..dah ok skrg..alhamdulillah..

-husnizaiem-1122am-31/10-

05
Oct
09

PMR

to all my beloved form 3’s students…wish u all a very good luck for your Penilaian Menengah Rendah (PMR)..

Insyaallah dengan usaha dan doa, all your wish may come true…

-husnizaiem-1059am-5/10-

17
Sep
09

raya raya raya

Hari-Raya

hoye hoye raya datang lagi..hahaha.. dikesempatan serta keterbatasan ruang ini, aku memohon jutaan keampunan kepada abah, mama, along, angah, tok, wan, all my family, kawan – kawan aku n the most is for my beloved girl hajar… :)

dis is my last year nak raya single mingle..hehehe.insyaAllah kalau diizinkanNya tahun depan aku beraya berdua…hurrreeyyyyy….

semoga aku dipanjangkan umur untuk dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.terasa akan kekurangan pada diri aku pada ramadhan kali ini..InsyaAllah

sekali lagi ampun dan maaf dipinta…daaa

-husnizaiem-840am-17/9-

14
Sep
09

engagement invitation

engagement invitation 6 copy

Tarikh : 25 September 2009
Masa : Selepas Solat Jumaat (around 3pm)
Lokasi : Pos 28-1, KM 3, Jalan Temenggong Ahmad, Parit Keroma, Muar

Jemput2 kepada semua untuk menghadirkan diri anda…mudah – mudahan semuanya berjalan dengan lancar hendaknya…InsyaAllah..

-husnizaiem-856am-14/9-

11
Sep
09

achtung !!! (attention)

all of you now also can visit my new blog at http://www.husnizaiem.blogspot.com

Untitled-1


saje mencari haluan baaru…wordpress nih kerek skit…itu tak bleh ini xbleh…

-husnizaiem-907am-11/9-

06
Sep
09

bazar ramadhan

2876108464_279daef1af

2876155760_89af9993ffmalay7

Macam biasa la, bila masuknya bulan Ramadhan antara kerahmatan dunia yang diadakan oleh Allah SWT kepada manusianya adalah dengan adanya bazaar ramadhan..Di kesempatan yang ada inilah ramai manusia yang mengambil kesempatan untuk berniaga.

Aku bukanlah sebahagian daripada peniaga – peniaga tersebut, cuma sekadar pembeli yang menjegah ke setiap pelusuk bazar Ramadhan. Bagi aku mmg inilah antara saat – saat yang dinantikan bila menjelangnya bulan Ramadan..mcm2 jenis juadah ada, dari kuih hingga la ke brmcm jenis lauk..hopefully kalau dah bermcm jenis juadah tu, jgn la ada yang membazir pulak ye…nafsu makan tu kena jaga jugak ye…

So far, bazar Ramadahan kat area jb ni yang aku dah pegi kat perling, larkin, dalam utm ngan bbu…aikk bazar ramadhan gelang patah xde dalam senarai lagi nampak..hehehe.. pasni xtau lagi nak terjah bazar ramadhan mana lagi..

Tahun ni best skit g bazaar ramadhan..bleh g berdua..hehehe..bleh la gak tahu apa yang dia suka n dia pun tahu apa yang aku suka makan.. :)

salam ramadhan…daaa…

-husnizaiem-6/9-1151am-

21
Aug
09

salam ramadhan..

puasa5yc21as81 ramadhan menjelang kembali.. alhamdulillah sejuta kesyukuran dilanjutkan kepada yang maha esa atas kesempatan yang diberikanNya untuk kita semua menikmatinya sekali lagi..diharapkan bulan yang penuh keberkatan ini digunakan sebaik mungkin oleh kita semua bagi meningkatkan ketakwaan serta keimanan kita terhadap Allah yang satu.

e_card_ramadhan_by_talentzpk

Aku antara jutaan manusia yang melata di atas muka bumi ini yang turut akan menjalani ibadah puasa ini..Puasa yang mengajar erti keinsafan kepada kita semua dengan harapan agar kita merenung terhadap nasib mereka yang serba kekurangan..

Kepada Allah jualah kita perbanyakkan amal ibadat dan doa agar segala dosa dan kesalahan kita diampunkannya.. RAMADHAN BULAN SERIBU KERAHMATAN..amin

-husnizaiem-1042am-21/8-

11
Aug
09

orchidss..


last weekend aku ngan hajar g pesta orkid n bonsai kat danga bay..mula tu xtau kata ada..tahu pn sbb tgk banner kat jalan..

pegi 2 hari…sbbnya yg 1st day pegi tu dah dkt maghrib dah pn..sempat la round tgk abis suma orkid..tapi xbest la sbb xdpt nak amik feel btul2 bila tgk orkid tu…rushing nak solat maghrib lagi…

2nd day pegi lagi a..kitaorg gerak dari angsana sbb kat situ ada pameran kawin2 (oppsss…hehehe) hari ni lagi a frust..sampai pn dh kat kul 5…orang dah mula packing kemas2 daa…tensen tul..sempat tgk bonsai ja…xbest sgt sbb aku xminat…ada satu bunga orked from japan yang aku minat sgt…so sweet…tapi xsempat a nak amik gambar…

Apa pun bunga2 orked tu suma xleh celen aku punya ‘bunga’ yang satu tu…hehehe…So kat atas tu ada gambar2 utk tatapan suma..enjoyyy..daaaa

-husnizaiem-1148am-11/8-

04
Aug
09

the proposal..

the proposal

the proposal

ermmm aku dah tgk cite the proposal nih dengannnn..dengan sapa eh..hehehe..so sweet dis comedy romantic muvi…tapi aku bukan nak cita pasal dis muvi…tapi aku nak cita pasal aku..hehehe

aku punya ‘proposal’ dah buat..hehehe.lama dah…tunggu masa yang dinanti ja..satu dimensi perubahan dalam kehidupan aku akan berlaku..perubahan yang diharap menjadikan aku lebih bertanggungjawab terhadap sesuatu dan aku kini sendiri telah bersedia untuk memikulnya..

pening jugak pada awalnya bila slalu asyik dok pikir pasal benda ni…namun aku percaya, jika aku tak laluinya pada masa sekrang, di masa akan datang aku pasti akan melaluinya juga..cuma harapan dan doa aku sentiasa panjatkan agar semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna hendaknya..insyaAllah..

kepada yang nak tahu bila…insyaAllah akan tiba masanya aku akan beritahu..daaa

-husnizaiem-1138am-4/8-

31
Jul
09

setem

setem

setem

setem…a very typical title for malaysian movie..dis is 1st attempt by khabir bhatia untuk mengarahkan crita genre komedi dimana sebelum ini beliau lebih cenderung terhadap crite yg berunsurkan cinta seperti “sepi” dan “cinta”..

bagi aku crita ni best..4 bintang (4****) perjalanan crita yang menarik dan tersusun kemas..boleh dikatakan lain daripada filem – filem malaysia sebelum ini lebih banyak menumpu terhadap aspek kecintaan sesama manusia..banyak unsur – unsur nasihat turut diselitkan antaranya seperti erti persahabatan, kegairahan manusia dalam mengajar matlamat dunia dan lain – lain..

lakonan oleh terutamanya sathia mmg menghidupkan filem ini..mmg lawak si mamat nih..hahaha..begitu juga dengan que haidar, terer dia berlakon sebagai seorang yang buta..

anyway enjoy dis muvi..daaa

-husnizaiem-1130am-31/7-

28
Jul
09

nisya…

dis is nisya…chumel kan dia..hehehe..

21
Jul
09

ppsmi…

“PPSMI sebenarnya adalah satu kesilapan kerana kita mampu mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang dengan menggunakan bahasa Melayu,” re_02.1

Itu merupakan secebis tulisan daripada temubual yang dibuat oleh seorang wartawan utusan malaysia dgn prof. diraja ungku aziz yang disiarkan pada 19/7/09 yang lalu.

Aku bukanlah sesiapa untuk mengulas secara tepat dan mendalam berkaitan dengan isu ppsmi ini malah tiada apa pendapat yang hendak aku kemukakan. Ia cuma sekadar bingkisan pendapat daripada diri aku sebagai seorang pengajar di sebuah sekolah luar bandar yang mana secara jujurnya aku sendiri pun masih belum dpt menguasai bahasa inggeris dengan sebaiknya.

Setelah 6 tahun dasar ini di’eksperimen’kan terhadap para pelajar dan kepada para guru juga aku rasakan, akhirnya dasar ini akan dikuburkan menjelang tahun 2012. Sewaktu pengumuman ini dibuat, banyak suara kedengaran. Baik yang menyokong dan ada juga yang membantah. Kepada para pejuang bahasa serta mereka yang sayangkan bahasa melayu sudah pasti ia disambut dengan penuh kegembiraan. Namun dicelah celah itu ada juga membangkang cadangan tersebut termasuklah pengasas terhadap dasar itu, tun mahathir. Namun aku percaya pasti ada sebabnya tun membantah cadangan tersebut.

NEWS_GMP01 samad2 ppsmi1

Aku mengajar disebuah sekolah luar bandar yang majoriti ibu bapa serta latar belakang keluarga yang tinggal di kampung dimana nisbah percakapan atau pembacaan terhadap bahan – bahan berbahasa inggeris adalah sangat kurang. Tapi hakikat yang sebenarnya di mana ada kemahuan di situ ada jalannya dan faktor persekitaraan semata – mata tidak boleh dipersalahkan. Usaha dan keyakinan pelajar itu sendiri adalah kunci terhadap kejayaannya. Tidak aku nafikan ada pelajar sekolah aku yang mampu untuk menguasai bahasa inggeris dengan baik. Malah aku sendiri merasa kekurangan terhadap keupayaan aku menguasai bahasa inggeris (sekali lagi aku tegaskan di sini)….

3728592753_b943f84726Memang aku tidak dapat menyangkal akan kepentingan bahasa inggeris. Misalnya, bila anak – anak kita sudah menjejakkan kaki ke menara gading, mana ada lagi buku – buku rujukan yang berbahasa melayu. Jika ada pun, jumlahnya agak kecil dan terhad terhadap penumpuan mata pelajaran kesusasteraan melayu. Itu merupakan hakikat dan realiti yang kita semua perlu percaya dan hadapinya.

Namun begitu, aku masih percaya bahawa bahasa itu mampu memajukan sebuah bangsa serta mampu untuk menyatupadukan rakyatnya….daaaa

-husnizaiem-950am-21/7-