tepat jam 641 petang 1 muharram 1432H bersamaan 7 disember 2011,bermulanya satu tanggungjawab baru perlu digalas oleh diri aku bersama isteri…pada waktu dan ketika itu, lahirnya seorang insan bernama MUHAMMAD ADAM…
alhamdulillah segala puji bagi yang maha berkuasa ke setiap yang ada, dipermudahkan serta diberikan kelancaran atas segala urusan sehinggalah lahirnya anak ini. Ternyata pengalaman berada bersama – sama dengan isteri pertama kalinya di dalam labor room amat mengajar erti kesusahan dan kepayahan yang dialami oleh setiap ibu di atas muka bumi ini ketika hendak melahirkan anak. Tidak tergambar kesakita serta kepayahan yang dialami…Namun atas izinNya, anak ini dilahirkan juga…
kurniaan yang perlu dijaga dengan baik..didoakan anak ini akan menjadi anak yg soleh,bijak, mentaati kedua org tuanya serta lain – lain perkara berkaitan dengan kebaikan..InsyaAllah…








