tsunami kembali melanda muka bumi setelah berlakunya gempa bumi berukuran 8.9 skala ritcher…antara gegaran yang terhebat pernah berlaku…Tsunami tersebut melanda beberapa kawasan di negara matahari terbit, Jepun seperti Fukushima, Sendai dan beberapa kawasan lagi…Setakat ayat ini ditulis, sudah hampir 1000 nyawa terkorban dan berpuluh ribu lagi mangsa yg hilang masih belum dijumpai…keadaan diterukkan lagi dengan kebocoran loji nuklear yg terletak berhampiran dengan tempat kejadian….
Kejadian alam sebegini rupa sebenarnya menyedarkan kita akan kerdilnya manusia itu di atas muka bumi ini untuk melawan kuasa alam tersebut…namun setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya..terpulanglah kepada setiap umat di atas muka bumi ini untuk memikirkannya…firman Allah dalam ayat 21 surah al-Hasyr:
” Dan ingatlah, perumpamaan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya”
Semoga mereka yang sedang menghadapi bencana ini sentiasa bersabar dengan musibah yang melanda. Setiap segala yang berlaku adalah ketentuan dan keizinanNya…
-husnizaiem-1854pm-15/3-
source: bbc






